Ocania Logo

Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya.

1. Adakah OCANIA menyediakan servis pickup di rumah?

Boleh. Bagi setiap pengambilan kenderaan di kediaman anda adalah dengan kadar berpatutan bergantung kepada jarak dan lokasi.

2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelepasan kastam?

Dokumen yang diperlukan termasuk: salinan IC (depan & belakang), surat hakmilik kenderaan, surat pelepasan bank (jika masih dalam pinjaman), dan dokumen SSM atau borang 9 & 49 (jika atas nama syarikat).

3. Bolehkah menghantar kenderaan yang masih dalam pinjaman?

Boleh, tetapi anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada bank anda. Kelulusan biasanya mengambil masa 1-3 hari bekerja.

4. Berapa lama tempoh pelepasan kastam di Sabah/Sarawak?

Ia mengambil masa selama 1 ke 2 hari waktu bekerja untuk pelepasan kastam selepas kapal tiba.

5. Berapa lama tempoh penghantaran ke Sabah & Sarawak?

Port Klang ke Kota Kinabalu: 6-8 hari; Port Klang ke Kuching: 8-10 hari (termasuk pelepasan kastam).

6. Bolehkah menghantar kenderaan yang ada saman tertunggak?

Boleh. Saman tertunggak tidak menghalang proses penghantaran.

7. Bilakah bayaran perlu dibuat?

Door-to-door: bayaran penuh sebelum pengambilan kenderaan. Port-to-port: bayaran penuh sebelum serahan.

8. Adakah insurans marin disediakan?

Insurans marin adalah pilihan dan melindungi kehilangan/kerosakan kargo semasa pengangkutan port-to-port atau door-to-door.

9. Bolehkah meletakkan barang di dalam kenderaan?

Tidak digalakkan mengikut polisi syarikat perkapalan. Barang kecil yang tidak bernilai tinggi mungkin boleh diterima tetapi syarikat tidak bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan.

10. Apakah langkah pertama untuk menghantar kenderaan?

Lawati halaman tempahan dan lengkapkan borang maklumat yang diperlukan.