Ocania Logo
17 November 2021 Ocania Developer

Cara Hantar Kereta ke Sabah Sarawak & Semenanjung

Langkah-langkah cara hantar kereta ke Sabah, Sarawak & Semenanjung melalui Pelabuhan Klang ke Kuching, Bintulu & KK Port (DUA HALA).

Bagaimana untuk cara hantar kereta ke Sabah Sarawak dan juga hantar kereta ke Semenanjung? Atau ada sesetengahnya ingin nak hantar kereta dari Sarawak ke Kota Kinabalu Sabah. Adakah anda pernah merancang untuk hantar kereta ke Sabah tetapi belum menjumpai syarikat yang bersesuaian untuk hal tersebut.

Ada sebilangan orang yang belum mengetahui cara hantar kereta ke Sarawak, Sabah dan Semenanjung. Sebagai contoh, cara hantar kereta ke Semenanjung ataupun cara hantar kereta ke Sarawak memerlukan dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum pihak syarikat yang dipilih untuk menguruskan penghantaran ke pelabuhan yang diinginkan.

Kapal Straits Challenger

Cara Hantar Kereta ke Sabah Sarawak & Semenanjung

Di sini saya akan menghuraikan untuk setiap bahagian yang diperlukan jika anda berhasrat untuk pos kereta ke sabah, pos kereta sarawak, pos kereta semenanjung atau hantar kereta ke Labuan. Syarikat yang menjalankan servis hantar kereta yang akan diketengahkan ini adalah syarikat OCANIA Sdn. Bhd.

Syarikat Ocania juga sudah melakukan servis penghantaran kereta ke Sarawak atau Sabah mahupun penghantaran kereta ke Semenanjung. Dengan mempunyai pengalaman dalam shipping kereta ke Sabah dan lain-lain, syarikat ini berupaya memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggan yang memilih khidmat hantar kereta dari mereka.

Kualiti yang ditampilkan pihak syarikat juga diterima baik oleh pelanggan kerana cara hantar kereta ke Semenanjung, Sabah & Sarawak dijalankan dengan sempurna dan kenderaan tiba ke destinasi dalam keadaan selamat.

Perkhidmatan yang turut dilakukan oleh syarikat Ocania untuk memudahkan para pelanggan yang menggunakan khidmat mereka samada dari Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah seperti perkhidmatan "port to port", "door to door", "door to port" ataupun "port to door".

Dengan informasi yang lengkap di bawah ini, anda boleh belajar cara hantar kereta ke Sarawak, cara hantar kereta ke Semenanjung mahupun lain-lain kawasan. Setiap bahagian diterangkan untuk memudahkan anda memahami akan setiap prosesnya.

Penghantaran Kenderaan ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung ini terbahagi kepada 6 bahagian iaitu:

  1. Penggunaan Kontena Atau Roro (Iaitu kargo kereta ke Sabah dan Sarawak serta Semenanjung)
  2. Pertanyaan Kos Penghantaran Kenderaan
  3. Proses Untuk Penyediaan Surat Perlepasan (Jika kenderaan masih terikat dengan bank)
  4. Permohonan Surat Perlepasan Bank
  5. Dokumen Yang Perlu Dilampirkan
  6. Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Dihantar

Untuk memahami setiap perkara di atas boleh dirujuk di bahagian bawah. Kami akan menerangkan secara terperinci mengenai 6 perkara tersebut bagi anda memahami dengan lebih mendalam mengenai cara hantar kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung.

Penggunaan Kontena Atau Roro (Roro Shipping Sabah Sarawak Semenanjung)

Roro Shipping

Dalam konsep penghantaran, sebagai contoh jika ingin pos kereta ke Sarawak pelanggan mempunyai dua pilihan samada menggunakan perkhidmatan menggunakan kontena ataupun roro. Bagi kedua-dua ini ia berbeza.

Ini disebabkan jika penghantaran menggunakan kontena, anda boleh menghantar kenderaan anda bersama-sama dengan barang. Manakala jika menggunakan Roro, anda hanya boleh menghantar kenderaan sahaja tanpa ada sebarang barangan. Penggunaan kontena mempunyai harga yang berbeza. Dan jika ingin hantar barang ke Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung, penggunaan kontena ini amat digalakkan kerana barang lebih terjamin jika berada di dalam kontena.

Kebiasaan cara hantar kereta ke Semenanjung atau dari Sabah & Sarawak yang kerap digunakan oleh pelanggan yang ingin menghantar kenderaan sahaja, konsep Roro adalah pilihan pertama pengguna serta berada dalam kadar harga yang munasabah.

Pertanyaan Kos Cara Hantar Kereta ke Sabah, Sarawak, Semenanjung

Pertanyaan Kos Hantar Kereta

Untuk mengetahui harga bagi penghantaran seperti hantar kereta Sabah, anda perlu melampirkan maklumat kepada pihak syarikat Ocania berkaitan kenderaan anda. Maklumat yang diperlukan adalah nombor pendaftaran kenderaan, jenama dan model kenderaan dan alamat pemohon.

Kos harga ini amat diperlukan bagi kenderaan yang masih terikat pinjaman dengan bank. Ini kerana kos ini perlu dilampirkan sewaktu proses permohonan pelepasan kenderaan dari pihak bank.

Maksud Bagi Surat Permohonan Pelepasan Dari Pihak Bank

Permohonan Surat Perlepasan Bank

Permohonan ini dilakukan untuk kenderaan samada anda ingin hantar jentera berat, hantar kereta dan pos motor anda yang masih terikat dengan pinjaman dengan bank sahaja.

Penyediaan surat ini memerlukan beberapa dokumen yang diperlukan sebelum pihak bank memberi kelulusan kepada anda untuk menghantar kenderaan itu samada pergi ke Sabah Sarawak atau ke Semenanjung.

Cara Menyediakan Surat Permohonan Perlepasan Dari Bank

Penyediaan Surat Perlepasan Kepada Bank

Proses untuk menyediakan surat permohonan memerlukan 4 dokumen. 4 dokumen tersebut ialah salinan kad pengenalan, surat dari pihak syarikat Ocania berkenaan penghantaran, senarai kos hantar kenderaan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat Ocania dan juga surat perlepasan dari pihak bank. Bagi surat perlepasan, ia tertakluk kepada kenderaan yang masih terikat pinjaman dengan pihak bank.

Dokumen Yang Diperlukan Sebelum Menghantar Kereta ke Syarikat Ocania

Dokumen Yang Diperlukan

Segala dokumen yang disediakan seperti salinan consent dari pihak bank, salinan geran kenderaan, salinan kad pengenalan pemilik perlu diserahkan kepada pihak Ocania sewaktu penyerahan kenderaan.

Pastikan dokumen yang diserahkan lengkap, supaya memudahkan proses penghantaran kenderaan anda tersebut.

Persiapan Serta Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Dihantar

Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Menyerahkan Ke Pihak Ocania

Pihak Ocania akan memeriksa kenderaan yang dihantar oleh anda. Pemeriksaan itu melibatkan barang-barang dan juga status keadaan kenderaan anda. Hal ini berikutan supaya kenderaan itu dihantar dalam keadaan selamat.

Jika kenderaan anda itu dihantar dengan menggunakan RoRo, sebaiknya jangan diletakkan barang-barang berharga anda di dalam kenderaan untuk dihantar bersama. Ini untuk mengelakkan dari sesuatu hal yang kurang baik berlaku.

Selepas kenderaan anda diserahkan dan segala dokumen telah lengkap, pihak syarikat Ocania akan membawa kenderaan anda tersebut ke bahagian "Vehicle Transit Centre". Di bahagian ini, kenderaan-kenderaan diletakkan dan menunggu untuk proses dimasukkan ke dalam kapal yang berkaitan.

Maklumat Mengenai "Vehicle Transit Centre" (VTC)

"Vehicle Transit Centre" adalah kawasan yang disediakan untuk meletak kenderaan-kenderaan yang bakal dihantar ke destinasi lain samada ia melibatkan penghantaran ke Sabah, Sarawak ataupun ke Semenanjung. Setiap kenderaan akan diletakkan di ruangan ini sebelum dimasukkan ke dalam kapal yang terlibat.

Untuk mengenali akan kawasan yang disebut sebagai VTC ini, mereka juga turut menyediakan beberapa perkhidmatan. Perkhidmatan yang terdapat di situ ialah seperti di bawah:

  • Pemeriksaan bagi setiap penghantaran
  • Pengesanan kenderaan dengan menggunakan komputer
  • Perlindungan Insuran
  • Diawasi 24 jam dengan CCTV serta turut menggunakan teknologi Dron bagi menjamin keselamatan kenderaan
  • Puspakom
  • Menggunakan sistem kod bar bagi urusan penjejakan

Untuk memahami prosedur penghantaran boleh dirujuk di bahagian Aliran Proses seperti di bawah.

Aliran Proses ~ Cara Hantar Kereta ke Sabah Sarawak & Semenanjung

Aliran proses ini adalah langkah-langkah kenderaan yang dihantar anda sehingga tiba ke pelabuhan yang telah ditetapkan. Setiap proses yang dilakukan boleh dirujuk di gambaran di bawah. Ia bermula dari tempahan sehingga berakhir di lokasi yang telah dipilih oleh anda.

Flow Chart Pos Kereta ke Sabah

Sebut Harga - Cara Hantar Kereta ke Sabah Sarawak & Semenanjung

Sebut Harga Penghantaran

Sebut harga untuk setiap kenderaan adalah berbeza mengikut laluan dan jenis kenderaan. Berikut adalah anggaran harga terkini dari Port Klang:

Port Klang → Sabah (Sepanggar, KK)

  • Motorsikal (bawah / atas 250cc) RM 975 / RM 1,225
  • Kereta Penumpang (Sedan, Saloon, Hatchback) RM 2,280
  • Kereta Komersial (MPV, SUV, 4x4, Pickup) RM 2,380

Port Klang → Kuching

  • Motorsikal (bawah / atas 250cc) RM 965 / RM 1,215
  • Kereta Penumpang (Sedan, Saloon, Hatchback) RM 1,945
  • Kereta Komersial (MPV, SUV, 4x4, Pickup) RM 2,045

* Harga termasuk 6% SST. Tidak termasuk insurans marin.

Lihat senarai harga penuh →

Insuran - Cara Hantar Kereta ke Sarawak & Semenanjung

Marine Insurance

Mengikut setiap pos kereta ke Semenanjung, Sabah, Sarawak dan harga yang telah dipamerkan di atas, harga tersebut tidak termasuk dengan "Marine Insurance". Harga yang telah dipaparkan di bahagian atas adalah melibatkan penghantaran dan pelepasan kastam sahaja.

Jika anda inginkan ambil "Marine Insurans" ke atas kenderaan anda tersebut, anda boleh merujuk kepada pihak syarikat Ocania.

Servis Pengambilan Kenderaan Anda Oleh Pihak Syarikat Ocania (Pickup)

Pickup Kereta

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk menghantar kenderaan tersebut atau berminat untuk menggunakan servis pickup, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh pihak syarikat.

Dengan menggunakan lori hantar kereta "Car Carrier", kenderaan anda akan di pickup di kawasan yang dipilih oleh anda, dan akan dihantar terus ke Port. Untuk perkhidmatan ini akan mempunyai bayaran tambahan, ia melibatkan kawasan yang akan di pickup nanti.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Harga Bagi Penghantaran Kenderaan

Cara Mendapatkan Harga

Untuk mendapatkan harga penghantaran, anda mempunyai 2 pilihan. Pertama adalah dengan menghubungi atau WhatsApp ke pegawai syarikat Ocania dan berbincang mengenai berapa kadar harga yang akan dikenakan.

Manakala bagi cara kedua adalah dengan melayari website di bahagian harga penghantaran dan klik di bahagian harga penghantaran ini. Di ruangan tersebut, anda masukkan maklumat yang diperlukan dan pegawai yang bertugas akan memberi maklum balas dalam waktu terdekat.

Jadual Kapal Hantar Kereta ke Sabah, Sarawak, Semenanjung

Jadual Kapal

Setiap perlayaran vessel ke destinasi samada Sabah, Sarawak atau Semenanjung mempunyai tarikh yang berbeza. Jika anda sudah mempunyai perancangan tarikh yang ingin dihantar, boleh klik di ruangan jadual kapal untuk mengetahui tarikh jadual kapal Sabah Sarawak tersebut samada mempunyai vessel ataupun tidak.

Di ruangan tersebut, sebagai contoh jika menginkan maklumat jadual penghantaran kereta ke Sabah, boleh dirujuk jadual vessel yang terlibat dari port Semenanjung ke port di Sabah. Untuk mengetahui berapa lama penghantaran kereta ke Sabah itu, kebiasaannya akan mengambil masa selama 9 hari dari tarikh berlepas.

Setiap jadual yang dipaparkan adalah yang terkini. Jadual yang terdapat di ruangan ini boleh dirujuk dari masa ke semasa oleh anda untuk tempahan tarikh hantar kereta ke Sabah Sarawak.

Nak Hantar Kenderaan?

Hubungi kami untuk sebut harga penghantaran kenderaan anda.