Proses Penghantaran

Semak Kos Penghantaran

Semak Kos Penghantaran (Intro)

Servis Penghantaran Kereta ke Sabah dan Sarawak

Roro Vessel - Malaysia Passion

Berikut diterangkan 6 langkah-langkah penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah melalui pelabuhan Klang, Port Kuching & Port Kota Kinabalu.

6 Langkah Sebelum Pos

Pilih Kontena atau Roro

1. Penggunaan Kontena Ataupun Roro

Proses penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung mempunyai 2 jenis pilihan

Ia samada menggunakan kontena ataupun roro. Jika kereta dihantar dengan menggunakan kontena, kereta yang dihantar akan berada bersama dengan barang yang dihantar oleh anda.

Bagi penggunaan roro pula, ia membawa kereta yang dihantar sahaja tanpa barang-barang lain. Bagi kedua-dua pilihan ini samada kontena ataupun roro, ia mempunyai kos harga yang berbeza.

Sebut Harga

2. Pertanyaan Harga Pos Kos Hantar Kereta

Pertanyaan kos bagi urusan penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Sememanjung.

Hal ini bertujuan untuk menguruskan urusan bagi menyediakan surat kepada pihak bank. Ia secara tidak langsung dapat menyelesaikan proses bagi pelepasan.

Maklumat yang diperlukansebelum penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Sememanjung untuk diberi kepada syarikat OCANIA adalah seperti tertera di bawah :

  • Nombor pendaftaran kereta
  • Jenama dan Model kereta
  • Alamat (Pemohon)
Penghantaran kereta ke Sarawak - Surat Perlepasan Bank

3. Surat Memohon Pelepasan Dari Bank (Surat Rasmi)

Surat memohon pelepasan dari bank adalah diperlukan bagi kereta yang masih terikat pinjaman dengan bank. Proses untuk membuat surat memohon pelepasan dari bank ini digunakan untuk penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung.

Anda harus menyediakan surat untuk dihantar kepada bank bagi tujuan memohon penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung. Pihak OCANIA akan menolong anda dari segi cara menyediakan surat rasmi tersebut.

Bagi kereta yang sudah habis bayar, surat pelepasan ini tidak diperlukan. Ia tertakluk kepada kereta yang masih terikat dengan pinjaman bank sahaja.

Proses Permohonan Surat

4. Proses Untuk Permohonan Surat

Sediakan dokumen seperti di bawah dan hantar kepada Bank untuk permohonan bagi mendapatkan surat perlepasan.

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Surat dari pihak syarikat OCANIA
  • Senarai Kos Hantar Kereta (Yang diberi oleh OCANIA)
  • Surat memohon perlepasan bank (Jika kereta masih terikat dengan pinjaman bank)

Pihak bank akan meminta anda mengisi borang kebenaran untuk penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung. Dalam tempoh 3 hari waktu bekerja, pihak bank akan mengeluarkan surat kebenaran yang membenarkan anda menghantar kereta.

Dokumen yang diperlukan

5. Senarai Dokumen Yang Perlu Disediakan

Hantarkan dokumen-dokumen yang telah lengkap kepada pihak syarikat OCANIA. Selepas mendapat dokumen surat kebenaran dari pihak bank untuk menghantar kereta, anda hantarkan dokumen tersebut bersama dengan senarai dokumen di bawah kepada pihak OCANIA: –

  • Salinan Consent dari pihak Bank
  • Salinan Geran Kereta tersebut
  • Salinan Kad Pengenalan bagi Pemilik Kereta.
  • Persediaan sebelum menghantar kereta dari Semenanjung ke Sabah Sarawak atau dari Sabah Sarawak ke Semenanjung.
Pemeriksaan Kenderaan anda

6. Memeriksa Kereta Yang Dihantar

Sebelum servis penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung, pihak OCANIA akan memeriksa kereta yang telah dihantar oleh anda berada di dalam status selamat.

Pihak syarikat juga akan memastikan tidak ada barang-barang berharga di dalam kereta tersebut. Dengan ini, secara tidak langsung ia membuatkan proses penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung lebih selamat.

Anda diminta untuk pastikan jenis kenderaan yang dihantar melalui borang tempah pesanan bagi memudahkan pihak teknikal kami mengenal pasti fungsi-fungsi kereta anda.

Cara Aliran Proses

Aliran Proses

Nota: –

  1. Simpanan kenderaan eksport hanya dibenarkan untuk disimpan dalam yard (VTC) adalah 7 hari sebelom dari tarikh kapal berlayar. Tempoh ini adalah termasuk proses perlepasan dokumen Kastam.
  2. Untuk tempoh import pula, tempoh yang diberikan adalah 3 hari sahaja untuk disimpan didalam yard (VTC) selepas ketibaan kapal ke destinasi. Tempoh ini adalah termasuk dokumen perlepasan borang Kastam.

Straits Challenger

Senarai Semak sebelum Pos Kereta

Sebelum menghantar kereta anda ke pihak OCANIA dengan sempurna untuk kelancaran Penghantaran kereta ke Sarawak & Penghantaran kereta ke Sabah.

  1. Pilih Syarikat Penghantaran kereta yang sah dan dipercayai.
  2. Dapatkan nilai kos penghantaran dari syarikat tersebut.
  3. Sediakan surat rasmi untuk memohon kepada pihak bank bagi urusan penghantaran kereta. (Jika kereta masih ada pinjaman dengan bank)
  4. Hantar dokumen yang diperlukan berserta surat rasmi ke bank bagi permohonan.
  5. Mendapat surat kebenaran dari pihak bank untuk urusan hantar kereta.
  6. Pastikan semua maklumat yang tertera di dalam dokumen betul untuk urusan ini.

Tempah Slot Anda Sekarang!

Tempahan slot & Semak Jadual bagi Pos Kereta ke Sabah, Sarawak & Semenanjung boleh dibuat melalui dalam talian atau juga boleh terus hubungi Call/WhatsApp (+60 12-350 7743) Mohd Zulkifli untuk sebarang pertanyaan sebelum tempahan dibuat.

Jika ada kenderaan mahu dihantar?

Hubungi Pegawai Kami Sekarang!

Mohd Zulkifli (Lambo Shipment)
Mohd Zulkifli

* Semenanjung ke Sabah & Sarawak

Mohd Azmi - Hantar Kenderaan
Mohd Azmi

* Sabah & Sarawak ke Semenanjung

Kami akan membantu anda untuk selesaikan proses penghantaran kenderaan secepat mungkin.

Hantar Pertanyaan Anda

Hubungi Kami Form

SOALAN LAZIM

NOTA:-

**PORT TO PORT: Pelanggan boleh menyerahkan kenderaan tersebut ke pengendali OCANIA kami di Port dalam masa 7 hari sebelum tarikh keluar kapal (RORO). Penerimaan terakhir kenderaan kepada pengendali kami adalah 36jam sebelum tarikh keluar kapal (RORO).

**DOOR TO DOOR: OCANIA akan mengambil kenderaan di premis pelanggan melalui syarikat pengangkutan kereta dalam masa 7 hari sebelum tarikh berlepas.

**PERLEPASAN KENDERAAN: Semasa perlepasan Kastam, pelanggan perlu mengambil kenderaan dalam masa 3 hari. Sebarang kelewatan melebihi jangka masa yang ditetapkan akan dikenakan caj simpanan kendaaran sebanyak RM8.00 sehari.