LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHANTAR KERETA KE SABAH, SARAWAK & SEMENANJUNG

Langkah-langkah cara hantar kereta ke Sabah, Sarawak & Semenanjung melalui Pelabuhan Klang ke Kuching, Bintulu & KK Port (DUA HALA).

Pernah tak anda merancang untuk hantar kereta ke Sabah Sarawak atau ke Semenanjung? Ataupun pernah tak anda merancang untuk hantar kereta dari Sarawak ke Kota Kinabalu atau dari Kota Kinabalu ke Sarawak tapi anda tidak mengetahui caranya?

Tidak dinafikan masih ada sesetengah orang yang masih belum mengetahui cara untuk hantar kereta ke destinasi yang dituju. Sebagai contoh, sekiranya anda mahu menghantar kereta ke Sabah anda perlu menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan sebelum pihak syarikat yang dipilih menguruskan penghantaran tersebut ke pelabuhan yang diinginkan.

Straits Challenger

Cara Hantar kereta ke Sabah Sarawak & Semenanjung

Jika anda berhasrat untuk pos kereta ke Sabah, Sarawak, Semenanjung mahupun Labuan, ini adalah beberapa huraian dari syarikat kami.

Ocania Sdn Bhd adalah syarikat yang mengendalikan penghantaran kenderaan ke Sabah Sarawak dan juga Semenanjung. Kami mempunyai pengalaman dalam menghantar kenderaan, bot, barangan dan lain lain. Kami juga memberikan khidmat yang terbaik kepada para pelanggan yang telah memilih kami.

Perkhidmatan kami terdiri daripada servis penghantaran secara “Port to Port”, “Door to Door”, “Door to Port” ataupun “Port to Door” sama ada dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak ataupun sebaliknya.

Kami menampilkan kualiti yang telah diterima baik oleh pelanggan kerana pengurusan penghantaran kenderaan telah disempurnakan dengan baik dan kenderaan diterima dengan selamat semasa kenderaan sampai ke destinasi.

Apa dokumen yang diperlukan untuk tempahan?

  • Penggunaan Kontena Atau Roro (Iaitu kargo kereta ke Sabah dan Sarawak serta Semenanjung)
  • Pertanyaan Kos Penghantaran Kenderaan
  • Proses Untuk Penyediaan Surat Perlepasan (Jika kenderaan masih terikat dengan bank)
  • Permohonan Surat Perlepasan Bank
  • Dokumen Yang Perlu Dilampirkan
  • Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Dihantar

Pelanggan perlu mengambil tahu beberapa maklumat tentang penghantaran yang hendak dilakukan. Kami akan menerangkan secara terperinci supaya anda dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai cara hantar kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung seperti berikut:

Penggunaan Kontena Atau Roro (Roro Shipping Sabah Sarawak Semenanjung)

Roro 1

Terdapat dua pilihan dalam konsep penghantaran iaitu sama ada pelanggan menggunakan perkhidmatan Kontena ataupun Roro. Kedua dua perkhidmatan ini adalah berbeza.

Mengapa ianya berbeza? Ini kerana penggunaan kontena membolehkan pelanggan untuk menghantar kenderaan bersama sama dengan barangan manakala kapal RoRo hanya terhad untuk penghantaran kenderaan sahaja tanpa ada sebarang barangan.

Bagi penghantaran barangan dari Semenanjung ke Sabah Sarawak, perkhidmatan kontena amatlah digalakkan kerana barangan anda dijamin selamat berada di dalam kontena.

Untuk penghantaran kenderaan pula, konsep RoRo adalah pilihan yang pertama dimana ianya adalah khidmat yang kerap digunakan untuk menghantar kenderaan ke Semenanjung atau dari Sabah & Sarawak oleh kerana harganya yang berpatutan.

Pertanyaan kos cara hantar kereta ke Sabah, Sarawak, Semenanjung

Pertanyaan Kos Hantar Kereta

Untuk mengetahui harga bagi penghantaran seperti hantar kereta Sabah, anda perlu melampirkan maklumat kepada pihak syarikat Ocania berkaitan kenderaan anda.

Maklumat yang diperlukan adalah nombor pendaftaran kenderaan, jenama dan model kenderaan dan alamat pemohon.

Kos harga ini amat diperlukan bagi kenderaan yang masih terikat pinjaman dengan bank. Ini kerana kos ini perlu dilampirkan sewaktu proses permohonan pelepasan kenderaan dari pihak bank.

Maksud bagi surat permohonan pelepasan dari pihak bank. (Bagi Perkhidmatan Penghantaran Kereta Ke Semenanjung, Sabah atau Sarawak)

Permohonan Surat Perlepasan Bank 1

Permohonan ini dilakukan untuk kenderaan samada anda ingin hantar jentera berat, hantar kereta dan pos motor anda yang masih terikat dengan pinjaman dengan bank sahaja.

Penyediaan surat ini memerlukan beberapa dokumen yang diperlukan sebelum pihak bank memberi kelulusan kepada anda untuk menghantar kenderaan itu samada pergi ke Sabah Sarawak atau ke Semenanjung.

Cara menyediakan surat permohonan perlepasan dari bank

Penyediaan Surat Perlepasan Kepada Bank 1

Proses untuk menyediakan surat permohonan memerlukan 4 dokumen. 4 dokumen tersebut ialah salinan kad pengenalan, surat dari pihak syarikat Ocania berkenaan penghantaran, senarai kos hantar kenderaan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat Ocania dan juga surat perlepasan dari pihak bank.

Bagi surat perlepasan, ia tertakluk kepada kenderaan yang masih terikat pinjaman dengan pihak bank.

Dokumen yang diperlukan sebelum menghantar kereta ke syarikat Ocania Sdn Bhd.

Dokumen Yang Diperlukan

Segala dokumen yang disediakan seperti salinan consent dari pihak bank, salinan geran kenderaan, salinan kad pengenalan pemilik perlu diserahkan kepada pihak Ocania sewaktu penyerahan kenderaan.

Pastikan dokumen yang diserahkan lengkap, supaya memudahkan proses penghantaran kenderaan anda tersebut.

Persiapan serta pemeriksaan kenderaan sebelum ia dihantar ke destinasi pilihan anda.

Pemeriksaan Kendereaan Sebelum Menyerahkan Ke Pihak Ocania

Pihak Ocania akan memeriksa kenderaan yang dihantar oleh anda. Pemeriksaan itu melibatkan barang-barang dan juga status keadaan kenderaan anda. Hal ini berikutan supaya kenderaan itu dihantar dalam keadaan selamat.

Jika kenderaan anda itu dihantar dengan menggunakan RoRo, sebaiknya jangan diletakkan barang-barang berharga anda di dalam kenderaan untuk dihantar bersama. Ini untuk mengelakkan dari sesuatu hal yang kurang baik berlaku.

Selepas kenderaan anda diserahkan dan segala dokumen telah lengkap, pihak syarikat Ocania akan membawa kenderaan anda tersebut ke bahagian “Vehicle Transit Centre”.

Di bahagian ini, kenderaan-kenderaan diletakkan dan menunggu untuk proses dimasukkan ke dalam kapal yang berkaitan.

Maklumat Mengenai “Vehicle Transit Centre” VTC – Cara Hantar kereta ke Semenanjung

“Vehicle Transit Centre” adalah kawasan yang disediakan untuk meletak kenderaan-kenderaan yang bakal dihantar ke destinasi lain samada ia melibatkan penghantaran ke Sabah, Sarawak ataupun ke Semenanjung.

Setiap kenderaan akan diletakkan di ruangan ini sebelum dimasukkan ke dalam kapal yang terlibat.

Untuk mengenali akan kawasan yang disebut sebagai VTC ini, mereka juga turut menyediakan beberapa perkhidmatan. Perkhidmatan yang terdapat di situ ialah seperti di bawah :-

  • Pemeriksaan bagi setiap penghantaran
  • Pengesanan kenderaan dengan menggunakan komputer
  • Perlindungan Insuran
  • Diawasi 24 jam dengan CCTV serta turut menggunakan teknologi Dron bagi menjamin keselamatan kenderaan
  • Puspakom
  • Menggunakan sistem kod bar bagi urusan penjejakan

Untuk memahami prosedur penghantaran boleh dirujuk di bahagian Aliran Proses seperti di bawah.

ALIRAN PROSES ~ Cara Hantar kereta ke Sabah Sarawak & Semenanjung

Aliran proses ini adalah langkah-langkah kenderaan yang dihantar anda sehingga tiba ke pelabuhan yang telah ditetapkan. Setiap proses yang dilakukan boleh dirujuk di gambaran di bawah.

Ia bermula dari tempahan sehingga berakhir di lokasi yang telah dipilih oleh anda.

Aliran Proses

SEBUT HARGA – Cara Hantar kereta ke Sabah Sarawak & Semenanjung

Sebut Harga 1

Sebut harga untuk setiap kenderaan adalah berbeza. Boleh dirujuk di bawah untuk harga hantar kereta ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung bagi setiap jenis kenderaan tersebut.

  • Motorsikal (melibatkan semua jenis motorsikal) – { Bermula dari ~ RM 1050.00 }
  • Kereta Penumpang (Compact, Sedan, Saloon dan lain-lain) – { Bermula dari ~ RM 1,850.00 }
  • Kereta Komersial (MPV, SUV, 4×4, Pickup Trak, Van dan lain-lain) – { Bermula dari ~ RM 1,950.00 }
  • Kenderaan Berat (Lori, Jentolak, Bas, Traktor dan lain-lain) – Quote Harga

INSURAN – Cara Hantar kereta ke Sarawak & Semenanjung

Marine Insurance

Harga untuk setiap pos kenderaan seperti yang telah dipaparkan di atas (rujuk point sebelum ini) ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah tidak termasuk dengan “Marine Insurance”. Harga yang telah dipaparkan di bahagian atas hanyalah melibatkan penghantaran dan pelepasan kastam sahaja.

Sekiranya anda perlu untuk menambah “Marine Insurance” ke atas kenderaan anda, sila rujuk kepada pihak syarikat Ocania.

SERVIS PENGAMBILAN KENDERAAN ANDA OLEH PIHAK SYARIKAT OCANIA (PICKUP)

Pickup Kereta

Khidmat “Pick-Up” boleh digunakan sekiranya para pelanggan tidak berkelapangan untuk menghantar kenderaan ke pelabuhan. Kami menawarkan khidmat “Jockey” dan “Car Carrier” dimana kedua-dua khidmat ini mempunyai cara yang berbeza. Kereta akan dipandu sekiranya anda memilih untuk menggunakan khidmat “Jockey”. Tetapi jika anda ingin menggunakan khidmat “Car Carrier”, jangan risau. Kereta anda akan diletakkan sahaja di atas lori. Kenderaan akan diambil di lokasi yang telah dimaklumkan dan ianya akan terus dihantar ke destinasi pelabuhan (Port Klang).

Kadar cas kami adalah mengikut kepada kawasan yang terlibat dan ianya juga merupakan cas tambahan bagi perkhidmatan yang dipilih. Jika anda berminat, sila rujuk kepada “Sales Team” kami untuk mendapatkan harga bagi perkhidmatan ini.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN HARGA BAGI PENGHANTARAN KENDERAAN

Cara Mendapatkan Harga

Untuk mendapatkan harga penghantaran, anda mempunyai dua pilihan. Pertama, hubungi Team kami secara panggilan telefon atau Whatsapp dan berbincang mengenai berapa kadar harga yang akan dikenakan.

Cara kedua, anda perlu melayari “website” kami di bahagian harga penghantaran dan klik di bahagian harga penghantaran ini.

Di ruangan tersebut, anda perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dan pegawai yang bertugas akan memberi maklum balas dalam waktu terdekat. Senang kan?

JADUAL KAPAL HANTAR KERETA KE SABAH, SARAWAK, SEMENANJUNG

Jadual Kapal

Setiap perlayaran kapal ke destinasi sama ada Sabah, Sarawak atau Semenanjung mempunyai tarikh yang berbeza. Jika sudah punyai rancangan tarikh yang ingin dihantar, boleh klik di ruangan jadual kapal untuk mengetahui tarikh jadual kapal sama ada mempunyai perlayaran ataupun tidak.

Untuk mengetahui berapa lama penghantaran kereta ke Sabah & Sarawak, kebiasaannya ia akan mengambil masa selama 9 ke 14 hari dari tarikh berlepas.

Setiap jadual yang dipaparkan adalah yang terkini dan ianya boleh dirujuk dari masa ke semasa oleh anda untuk tempahan tarikh hantar kereta ke Sabah Sarawak.

SERVIS HANTAR KENDERAAN YANG TELAH DI JALANKAN

Dibawah ini disenaraikan sebilangan kenderaan yang telah memilih syarikat Ocania untuk menghantar kenderaan mereka ke destinasi yang telah ditetapkan.

1 thought on “LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHANTAR KERETA KE SABAH, SARAWAK & SEMENANJUNG”

  1. I’m selling my car to a buyer in Sarawak, what are the documents needed to aid the shipment process? Thank you.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *